Jumat, 20 Desember 2013
Leka Berborak Anak Mati Tersepit
AKIBAT terlalu leka berbual dengan rakan, seorang bapa di China tidak menyedari leher anaknya tersepit pada tingkap bumbung kereta sehingga mengakibatkannya mati akibat sesak nafas, semalam.
Dalam kejadian itu, Ling Ling, 3, berdiri dan bermain butang yang mengawal pembukaan tingkap bumbung itu, memetik laporan Asia One.
Pada masa yang sama, bapanya, Zhang Bing sedang berborak dengan rakannya dan tidak menumpukan perhatian terhadap anaknya itu.
Tidak lama kemudian, rakannya itu memanggil Ling Ling dan menyuruhnya turun sebelum kedua-dua mereka menyedari leher kanak-kanak itu tersepit pada tingkap bumbung.
Zhang segera membuka tingkap itu sebelum menurunkan anaknya sebelum rakannya menahan sebuah ambulans yang kebetulan lalu di situ.
Bagaimanapun, pihak paramedik akhirnya mengesahkan Ling Ling sudah meninggal dunia lima minit kemudian.
“Dia gadis yang cerdik dan juga kebahagiaan kami,” ujar bapanya.
Biarpun mengakui ia berpunca daripada kecuaiannya, namun dia bertekad untuk menuntut pampasan dari pengeluar kenderaan itu kerana tidak membekalkan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.
Oleh: ELZA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar