Senin, 16 Desember 2013

Hasrat mahu beli kereta jual Tokek Pokke tidak kesampaian

picture credit to gunturina

KUALA TERENGGANU : Hasrat seorang remaja untuk membeli kereta baru dengan menjual sejenis binatang yang dipanggil "Pokke" di sini tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan di Jalan Seberang Takir Baru, lewat petang semalam.

Menurut Ibu mangsa, Zabidah Muda, 48 tahun mangsa dikatakan berangan-angan untuk membeli sebuah kereta hasil keuntungan menjual binatang berkenaan.

"Hasratnya tidak kesampaian, dia sanggup pergi ke pulau untuk mencari Pokke sebab dia cakap nak jual dan beli kereta kalu orang beli dengan harga mahal"

"Namun belum sempat dijual disebabkan berat binatang berkenaan belum cukup matang, dia sudah pergi, katanya,"ujar Zabidah Muda dengan nada sebak sambil menangis.

Pokke (gambar) menjadi kegilangan sesetengah pihak di Terengganu sekarang berikutan berita angin yang mengatakan ia boleh dijual dengan harga puluhan ribu ringgit apabila umurnya sudah matang.

Sebelum ini, diberitakan, beberapa orang sudah mati akibat Pokke ini.

Satu laman web menawarkan harga yang baik untuk Pokke atau juga dikenali dengan nama Gecko, Tokek atau Tokay ini.

"Kami ialah pembeli yang berminat untuk membeli Gecko yang bersaiz 400gram dan keatas. Kepada pemilik asal Gecko yang berminat untuk menjual Gecko kepada kami sila hantar gambar Geckobersama pembaris 12 inci berserta maklumat berikut:

1. Nama Pemilik, Nombor telefon dan Lokasi

2. Maklumat berat Gecko, Panjang dan Harga yang ditawarkan

"Hanya pemilik asal sahaja yang boleh berurusan dengan kami, bayaran adalah secara tunai setelah disahkan tahap kesihatan dan kualiti GECKO oleh Pegawai Veterinar kami," tulis laman web itu.

Adik mangsa, Mohd Azuan Mohd Amin, 16 tahun pelajar Sekolah Menengan Seberang Takir, memberitahu, mangsa dikatakan berkelakuan pelik dengan termenung keseorangan dan sering kelihatan muram.

Pada hari kejadian mangsa dikatakan bertanyakan khabar mengenai seluruh ahli keluarganya termasuk kembarnya yang bekerja di Besut.

Ahli keluarga dikhabarkan terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 7.30 petang melalui seorang rakan mangsa.

Jelas ibunya, ketika ditemui dibilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, kira-kira seminggu sebelum kejadian, mangsa menyatakan enggan berpindah ke rumah barunya nanti yang masih dalam pembinaan dan hanya ingin tinggal di rumah yang sedia ada.

"Kami sekeluarga kini sedang membina sebuah rumah baru bertentangan dengan rumah yang sekarang ini termasuk dia namun dia cakap dia tidak mahu tinggal dirumah baru itu, dia cakap lebih suka tinggal dirumah lama, jadi makcik tidak sangka dan tidak dapat terima kehilangan dia,"katanya.

Semasa kemalangan jam 7.15 petang semalam, mangsa Muhammad Arifuddin Mohd Amin, 19 tahun seorang penganggur dikatakan dalam perjalanan pulang kerumahnya di Kampung Padang Takir,Seberang Takir,Kuala Terengganu menaiki motosikal jenis Honda Ex5.

Bagaimanapun, mangsa yang keseorangan telah merempuh sebuah lori bermuatan 2.5 tan yang keluar dari simpang Seberang Takir Baru.

OCPD Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin yang dihubungi mengesahkan, mangsa maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas mengalami kecederaan teruk di badan dan kepala.

Mangsa dikebumikan ditanah perkuburan Islam Seberang Takir, awal pagi tadi selepas kesemua ahli keluarga pulang termasuk bapanya, Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Seberang Takir yang baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri kursus komputer anjuran Umno cawangan.


source

Tidak ada komentar:

Posting Komentar