Senin, 10 Februari 2014
Neymar Cipta Ledakan Pertama Barcelona
BARCELONA – Neymar melakukan jaringan sulungnya dalam La Liga Sepanyol apabila Barcelona meneruskan aksi tanpa kalah membenam Real Sociedad 4-1 di Camp Nou, awal pagi tadi.
Penyerang antarabangsa Brazil itu meledak tinjauan bola hantaran lintang Alexis Sanchez, ketika permainan baru bermula lima minit.
Giliran Lionel Messi menjelma dengan melakukan tandukan selepas mendapat bola hantaran Claudio Bravo, tiga minit selepas itu.
Sergio Busquets menambah gol ketiga Barca sebelum separuh masa pertama tamat dengan sepakan kira-kira 20 ela yang juga gol pertamanya musim ini.
Real Sociedad bagaimanapun bangkit untuk merapatkan jurang menerusi jaringan Alberto De la Bella pada separuh masa kedua bermula.
Namun Messi merancang serangan dan bola hantarannya disambar Marc Bartra untuk gol keempat Barca ketika permainan berbaki 14 minit. – AFP
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar