Kamis, 20 Februari 2014

Waktu lunch staff bertukar ke waktu seks staff

JOHOR BAHRU: Persinggahan Asmara. Begitulah nama jolokan diberikan kepada sebuah rumah bernombor 88 di sebatang jalan di bandar raya ini yang menyediakan khidmat bilik sewa mengikut jam bagi membolehkan pasangan kekasih melampiaskan nafsu sejurus keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.Dengan kadar sewa serendah RM20 sejam, rumah teres dua tingkat yang mempamerkan nombor ‘ong’ di balkoni tingkat atas, mempunyai sekurang-kurangnya tujuh bilik selain dilengkapi kemudahan ala kadar seperti sabun, tuala, bilik air, katil dan televisyen.Walaupun hanya setaraf rumah tumpangan atau hotel murah, tempat itu mungkin sudah cukup selesa buat pasangan kemaruk seks tetapi ‘sengkek’ atau tidak berduit untuk menyewa bilik hotel.Menurut sumber ingin dikenali sebagai Syah, pasangan terdiri daripada warga kerja sekitar bandar raya ini biasanya menyewa bilik berkenaan untuk tempoh singkat bagi mengelakkan kegiatan maksiat mereka dihidu pihak berkuasa dan seterusnya dicekup berkhalwat.Katanya, kebiasaannya pasangan terbabit datang menaiki kereta atau motosikal dan meletakkannya di kawasan pagar rumah atau kawasan berdekatan sebelum bertemu penjaga rumah.“Sebagai tempat persinggahan untuk berasmara, sebaik selesai ‘projek short time’ mereka akan terus beredar. Biasanya pasangan kekasih terbabit hanya singgah antara setengah jam hingga 40 minit untuk melampiaskan nafsu sebelum pulang semula ke pejabat masing-masing.“Kegiatan tidak bermoral ini sudah berleluasa sejak beberapa tahun lalu. Malah, di sekitar kawasan itu dipercayai ada tiga lagi rumah diubah suai dan menawarkan khidmat sewa bilik mengikut jam untuk kegunaan pasangan kemaruk seks membuat projek short time,” katanya.Berikutan itu, Syah berharap pihak berkuasa mengambil berat terhadap gejala tidak sihat yang sedang berlaku itu dengan memantaunya kerana jika dibiarkan berlarutan bimbang boleh mencemarkan imej bandar raya ini.Bagi membuktikan dakwaan Syah itu, dua wartawan Harian Metro menyamar sebagai pasangan ingin menyewa bilik di rumah berkenaan pada hari kerja.Sebaik tiba di pintu Persinggahan Asmara, mereka dihampiri penjaga rumah itu yang tanpa segan silu menawarkan khidmat sewaan bilik dengan caj RM20 sejam.Sejurus melangkah masuk ke rumah berkenaan, kelihatan agak sunyi seperti tidak berpenghuni dengan ruang tamu tersusun kemas dilengkapi perabot asas seperti kerusi panjang, radio dan telefon talian tetap.Seperti tergesa-gesa, wartawan diminta masuk oleh penjaga premis dan dijemput duduk di kerusi panjang diikuti perbualan singkat sebelum dia menunjukkan laluan ke bilik di belakang rumah yang menempatkan tiga bilik.Difahamkan, tingkat atas rumah teres itu mempunyai empat lagi bilik yang boleh disewa pada kadar sama.Penjaga premis berusia sekitar 50-an itu menunjukkan sebuah bilik kosong dan mengingatkan kedua-dua ‘tetamu’ itu diberikan tempoh satu jam untuk berasmara.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar