Kamis, 19 Desember 2013
J Lo Mahu Padam Nama Bekas Suami
Los Angeles – Jennifer Lopez dikhabarkan hanya mengingini satu perkara daripada perceraiannya dengan Marc Anthony yang masih belum diluluskan walaupun sudah 18 bulan berlalu iaitu nama keluarganya.
Jennifer yang terkenal dengan gelaran J-Lo baru memfailkan maklum balasnya terhadap petisyen Anthony.
Menurut dokumen itu, nama rasminya masih dicatat sebagai Jennifer Muniz. Muniz ialah nama sebenar keluarga Anthony.
Petisyen Jennifer dan Anthony mengenai isu penjagaan anak tetap sama kerana kedua-duanya meminta hak penjagaan bersama terhadap anak kembar mereka. Bagaimanapun, dalam dokumen itu, Jennifer meminta mahkamah agar menggunakan semula nama asalnya iaitu Jennifer Lopez.
Jennifer dan Anthony berkahwin pada 2004 dan berpisah secara rasmi pada 2011. Anthony memfailkan perceraian pada April 2012. – Agensi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar