Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 Desember 2013

J Lo Mahu Padam Nama Bekas Suami


Los Angeles – Jennifer Lopez dikhabarkan hanya mengingini satu perkara daripada perceraiannya dengan Marc Anthony yang masih belum diluluskan walaupun sudah 18 bulan berlalu iaitu nama keluarganya.

Jennifer yang terkenal dengan gelaran J-Lo baru memfailkan maklum balasnya terhadap petisyen Anthony.

Menurut dokumen itu, nama rasminya masih dicatat sebagai Jennifer Muniz. Muniz ialah nama sebenar keluarga Anthony.

Petisyen Jennifer dan Anthony mengenai isu penjagaan anak tetap sama kerana kedua-duanya meminta hak penjagaan bersama terhadap anak kembar mereka. Bagaimanapun, dalam dokumen itu, Jennifer meminta mahkamah agar menggunakan semula nama asalnya iaitu Jennifer Lopez.

Jennifer dan Anthony berkahwin pada 2004 dan berpisah secara rasmi pada 2011. Anthony memfailkan perceraian pada April 2012. – Agensi
Selengkapnya

Selasa, 17 Desember 2013

Cantik Gambar Ella Suami Ini Semoga Pulang Dg Hijrah!


 
  Gambar Ella dan Suami di Tanah Suci 

mula-mula nak minta maaf pada pemilik gambar ini sebab saya dah curi gambar dia ...
gambar ni saya jumpa di fb awal pagi tadi... 

ada rakan2 yang like jadi secara tak langsung keluarlah di news feed saya lepas save gambar sy lupa nak save link fb pemiliknya
caption gambar ni pun sy tak sempat copy.... cari balik link pemilik gambar ni pun dah tak jumpa
almaklum sambil berfb sambil basuh kain... sambil buat sarapan pagi....
sambil layan arnab2

sy harap pemilik gambar tak marah ^___^
ayu sgt ella kan.... :)
semoga beliau bahagia bersama suami terchenta dan dapat umrah yang mabrur 

 
Selengkapnya