Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Tentera Israel posting gambar seorang kanak kanak Palestin yang menjadi target sniper

Selasa, 19/02/2013 
posted by idahsalam

Foto: Daily Mail
Tel Aviv, - - Seorang tentera Israel memicu kemarahan setelah memposting gambar yang menunjukkan kepala seorang anak laki-laki Palestin  sedang berada dalam titik bidik sepucuk    senapang. Foto tersebut diposting di halaman Instagram peribadi milik penembak jitu (sniper) Israel bernama Mor Ostrovski.

Namun kemudian gambar tersebut telah dihapus dan akaunnya ditutup. Militer Israel pun berjanji akan menyiasat insiden ini.

Ostrovski bertugas di unit sniper dan foto tersebut memperlihatkan tampak belakang seorang anak laki-laki yang sedang duduk di tengah titik sasaran tembak. Para aktivis menyebut foto tersebut "tak berperasaan dan tak manusiawi".

"Itu menyiratkan gagasan bahawa anak-anak Palestin  menjadi target," demikian ditulis  web Palestin  berbahasa Inggeris, The Electronic Intifada seperti dilansir Daily Mail, Selasa (19/2/2013).

Tak ada bukti ataupun keterangan mengenai apakah anak tersebut ditembak. Juga tidak jelas apakah gambar tersebut asli.

Web The Electronic Intifada juga memuat foto-foto lain dari akaun Instagram Ostrovski yang memperlihatkan pemuda berumur 20 tahun itu sedang berpose dengan bermacam senjata.

Seorang juru cakap  tentera Israel mengatakan: "Ini insiden parah yang tidak sesuai dengan semangat dan nilai-nilai tentera Israel. Masalah ini telah menjadi perhatian para komandan tentera, dan akan diperiksa serta ditangani dengan semestinya."

Khabarnya, Ostrovski telah mengatakan kepada atasannya bahawa dia tidak mengambil foto itu, tetapi menemukannya di internet. detikNews
Selengkapnya

Minggu, 22 Desember 2013

GAMBAR ‘Anu’ Bengkak Pakai Gelang Gara Gara Nak ‘Power’!

Anu’ Bengkak Pakai Gelang


IPOH – Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.
Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.
Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.
Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.
(contoh pemakaian gelang pada kemaluan yang selalu menyebabkan kecederaan – gambar hiasan)
Selengkapnya

Sabtu, 21 Desember 2013

Misteri gambar hantu

Kemunculan imej pelik pada hasil fotografi seperti bulatan kabur atau ektoplasma banyak menimbulkan tanda tanya. Semakin ramai percaya bahawa itu adalah jelmaan jin atau syaitan.



MUNGKIN bagi yang lemah semangat, sebarang foto yang memberi idea tentang kehadiran entiti atau makhluk halus akan segera dikoyak, dibakar atau dibuang. Namun, bagi sesetengah yang lain, ia bukan lagi suatu perkara yang menimbulkan rasa panik atau takut.


BUKAN asap rokok atau muslihat cahaya. Pergerakan rawak atau ektoplasma seperti ini dikatakan mewakili sifat entiti yang agresif.




Tidak cukup dengan menunjukkannya kepada orang lain, pengalaman menangkap gambar itu dipanjangkan kepada bentuk perbincangan, sama ada dari sudut rasional teknikal hinggalah kepada kesimpulan tentang alam mistik dan paranormal.
Fenomena rakaman imej yang luar biasa ini menjadi semakin popular. Malah, enjin carian Google di Internet juga memulangkan lebih 350,000 hasil apabila kata kunci tip merakamkan hantu dengan kamera dimasukkan.
"Jika diizinkan Allah, sesiapa sahaja tidak mustahil untuk mendapat hasil rakaman foto sedemikian. Ia menjadi peringatan kepada manusia tentang kejadian alam ghaib itu," terang Engku Ansaruddin Agus dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien di Kuala Lumpur.
Menurut Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual itu, kelengkapan perkakasan kamera moden hari ini lebih-lebih lagi yang mempunyai daya prosesan megapiksel tinggi boleh menangkap kehadiran makhluk jin atau syaitan. Kamera dengan upaya tujuh megapiksel atau yang lebih tinggi melebarkan kebarangkalian tersebut.
Dia yang mesra dengan panggilan Pak Engku sudi berkongsi denganJurnal koleksi gambar yang memaparkan imej seperti bebola cahaya kabur. Ada juga yang berbentuk ektoplasma iaitu siri pergerakan rawak cahaya. Kebanyakannya diambil pada waktu malam.
Pak Engku meyakini semua itu adalah jelmaan jin atau syaitan. Walau bagaimanapun, dia terbuka pada penilaian sesiapa yang mahu mengaitkannya dengan ralat teknikal, kekotoran pada lensa kamera atau kesan cahaya.
"Silalah menilainya sendiri. Saya amat yakin kerana dua sebab. Pertama, saya pernah mengambil peluang bertanyakan tentang gambar itu kepada seseorang yang sedang dirasuk entiti, dan dia mengatakan bahawa bebola cahaya itu adalah kawannya.
"Kedua, saya sendiri pernah bereksperimen dengan mengambil gambar entiti yang telah saya perangkap dalam botol, dan hasilnya tetap sama," terang Pak Engku.
Entiti juga boleh terakam dalam bentuk lain seperti segi tiga, pentagon, seperti bebola api ataupun yang berekor. Pak Engku menjelaskan bahawa jika imej itu diteliti secara fokus dalam pembesaran saiz yang berganda, tetap akan kelihatan formasi seperti gumpalan asap.

JELMAAN imej putih ini pernah dirujuk kepada Engku Ansaruddin bagi menjelaskan tentang kemungkinan kehadiran makhluk ghaib.


Berdasarkan pengalamannya, imej yang kabur berkemungkinan besar menunjukkan bahawa entiti itu tidak kuat, agresif atau berbahaya. Imej rakaman yang berwarna merah, biru atau kuning pula menunjukkan perbezaan tenaga dan kekuatan entiti tersebut.
"Jin atau syaitan ini jarang menunjukkan rupa sebenar, namun adakalanya ia lebih berani dengan cuba menyerupai kejadian manusia. Maka, muncullah pelbagai istilah nama-nama hantu seperti yang kita maklum dalam masyarakat kita," katanya.

SEBUAH rumah banglo tinggal yang dikatakan berhantu di Shah Alam, Selangor merakamkan ratusan entiti apabila gambar ini diambil.


Pak Engku menyimpulkan bahawa terdapat empat jenis manusia dan kemungkinan hinggakan ia dapat melihat jin dan syaitan, sama ada dengan upaya mata ataupun dengan bantuan peralatan seperti kamera.
"Pertama ialah orang yang memelihara atau bersekutu dengan jin. Lazimnya, ia merujuk kepada mereka yang mewarisi ilmu hitam atau syirik. Kedua, orang yang sakit akibat dirasuk entiti iaitu jin tersebut berada di posisi mata pesakit tersebut.
"Ketiga ialah bayi manakala keempat ialah jin itu sendiri berminat untuk menunjukkan kejadiannya kepada orang yang mahu ia ganggu atau goda," katanya.
Source :http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm
Selengkapnya

Selasa, 17 Desember 2013

Cantik Gambar Ella Suami Ini Semoga Pulang Dg Hijrah!


 
  Gambar Ella dan Suami di Tanah Suci 

mula-mula nak minta maaf pada pemilik gambar ini sebab saya dah curi gambar dia ...
gambar ni saya jumpa di fb awal pagi tadi... 

ada rakan2 yang like jadi secara tak langsung keluarlah di news feed saya lepas save gambar sy lupa nak save link fb pemiliknya
caption gambar ni pun sy tak sempat copy.... cari balik link pemilik gambar ni pun dah tak jumpa
almaklum sambil berfb sambil basuh kain... sambil buat sarapan pagi....
sambil layan arnab2

sy harap pemilik gambar tak marah ^___^
ayu sgt ella kan.... :)
semoga beliau bahagia bersama suami terchenta dan dapat umrah yang mabrur 

 
Selengkapnya

Kamis, 14 November 2013