Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Tahniah! Farid Kamil Dapat Anak Lelaki



PETALING JAYA – Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.
Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth Interational Group (MIG) kepada mStar Online pada Selasa.
“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online
David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.
Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.
“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.
Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; “welcome to the world my son” (selamat datang ke dunia anak lelaki ku)
anak-farid-kamil-dilahirkan-2-julai-2013-1
Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)
Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kanonnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.
Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.
Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu. - mStar Online
Selengkapnya

Jumat, 20 Desember 2013

Leka Berborak Anak Mati Tersepit


AKIBAT terlalu leka berbual dengan rakan, seorang bapa di China tidak menyedari leher anaknya tersepit pada tingkap bumbung kereta sehingga mengakibatkannya mati akibat sesak nafas, semalam.

Dalam kejadian itu, Ling Ling, 3, berdiri dan bermain butang yang mengawal pembukaan tingkap bumbung itu, memetik laporan Asia One.

Pada masa yang sama, bapanya, Zhang Bing sedang berborak dengan rakannya dan tidak menumpukan perhatian terhadap anaknya itu.

Tidak lama kemudian, rakannya itu memanggil Ling Ling dan menyuruhnya turun sebelum kedua-dua mereka menyedari leher kanak-kanak itu tersepit pada tingkap bumbung.

Zhang segera membuka tingkap itu sebelum menurunkan anaknya sebelum rakannya menahan sebuah ambulans yang kebetulan lalu di situ.

Bagaimanapun, pihak paramedik akhirnya mengesahkan Ling Ling sudah meninggal dunia lima minit kemudian.

“Dia gadis yang cerdik dan juga kebahagiaan kami,” ujar bapanya.

Biarpun mengakui ia berpunca daripada kecuaiannya, namun dia bertekad untuk menuntut pampasan dari pengeluar kenderaan itu kerana tidak membekalkan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

Oleh: ELZA
Selengkapnya