Tampilkan postingan dengan label china. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label china. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Kenderaan kerajaan di China dipasang GPS untuk elak penyalahgunaan Boleh tiru ni

  12 Okt 2013

 
 washington post
Beijing - China akan menginstal perangkat Global Positioning System (GPS) ke semua kereta yang diguna pegawai kerajaan yang ada di negara itu. Hal tersebut dilakukan untuk mengurangi atau bahkan memberantas tindak penyalahgunaan kereta kerajaan untuk keperluan peribadi.

Angka penggunaan kereta kerajaan untuk keperluan yang tidak seharusnya di China cukup tinggi. Merujuk pada data dari Komisi Inspeksi Disiplin Pusat di negera itu seperti dilansir The Beijing Times, paling sedikitnya terdapat 200,000 ribu kereta kerajaan yang digunakan setiap waktunya untuk keperluan peribadi.

Komisi ini pun meminta pemerintah pusat dan daerah untuk menyerahkan laporan pertanggungjawaban mengenai anggaran penggunaan kereta yang cukup membengkak. Menghadapi persoalan ini, pemerintah China menerapkan satu kaedah yang sudah teruji sebelumnya.

Pemerintah China menjadikan kawasan sebelah selatan Kota Guangzhou sebagai bahan percubaan. Di kawasan ini seluruh kereta kerajaan dilengkapi dengan GPS.

Kerana adanya sistem ini, pemandu maupun pegawai yang memegang hak kenderaan kerajaan  menjadi enggan untuk menggunakan kereta tersebut untuk keperluan di luar pejabat. Sebabnya, setiap saat kantor pusat boleh mendeteksi lokasi kereta-kereta tersebut.

Menurut catatan lembaga pengawas antikorupsi setempat, kaedah ini terbukti cukup ampuh. Pemerintah kota bertinjauan menghemat pengeluaran sebanyak 42 juta yuan setiap tahunnya.

Rancangan pemasangan perangkat GPS ini sejalan dengan kebijakan Presiden China Xi Jinping yang memang sejak awal berkempen gerakan bersih-bersih di tubuh pemerintahan. Presiden baru China ini mengkritik gaya hidup mewah pegawai yang bahkan gajinya, di atas kertas tidak mencukupi untuk membiayai gaya hidup mereka.

Sumber:detikNews
Selengkapnya

Selasa, 24 Desember 2013

Hadith Palsu Popular Menuntut Ilmu Hingga ke Negeri China


Hadith ini antara yang sering bermain di mulut-mulut kebanyakan orang ramai tidak kira orang awam bahkan para agamawan dan guru-guru sekolah turut terlepas pandang akan hal ini. Para blogger, dan facebooker juga dengan begitu mudah menyebarkan hadith maudhu’ ini tanpa mengetahui akan kebenaran status kesahihannya.

اطْلُبُو الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصَّينِ
Tuntulah ilmu walau ke negara China
Tujuan mereka mungkin baik iaitu ingin menggalakkan agar rajin belajar dan menuntut ilmu walaupun hingga jauh dari tanah air. Ada juga di antara mereka yang berhujah bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke negara China. Ini adalah satu hujjah yang tidak tepat dan benar.
Hadith ini dinilai maudhu’ kerana ‘illah (sebab-sebab yang mencacatkan) pada sanadnya. Di dalam sanad tersebut terdapat seorang rawi bernama Abu Atikah Tharif ibn Sulaiman. Mengikut penilaian para muhaddith, beliau tergolong dalam rawi yang tidak thiqah, lemah dan salah seorang pemalsu hadith atau pereka hadith palsu.
Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Syeikh Bin Baz):
“Seandainya ini adalah hadith sahih, maka ia tetap tidak akan menunjukkan kelebihan dan keutamaan negara China dan juga rakyatnya. Maksudnya ialah hadith ini sekiranya ia sahih, ia menunjukkan keutamaan mencari ilmu itu walaupun ianya terpaksa menempuh jarak dan perjalanan yang jauh dan panjang. Justeru itu maksud hadith ini bukanlah menggalakkan untuk ke negara China itu sendiri kerana ia amat jauh dari tanah Arab” (al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba’dhi Ahadith Maudhu’ah wa Saqimah) SUMBER


Selengkapnya