Tampilkan postingan dengan label sendiri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sendiri. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Februari 2014

ikat dan rogol isteri sendiri

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Gombak: Tidak dapat menerima keputusan isteri yang tetap mahu bercerai walaupun sudah dipujuk berulang kali, seorang lelaki tergamak ‘menculik’ wanita itu di sebuah pasar raya di Kepong, dekat sini dan membawanya ke Batu Arang, sebelum mengikat tangan serta memperkosanya di dalam kereta.
Malah, lelaki berusia 30-an itu turut mengambil gambar bogel isterinya berusia 35 tahun itu selepas permintaan supaya mangsa kembali hidup bersamanya tidak diendahkan.

Selain itu, lelaki terbabit mengugut mahu melakukan sesuatu supaya kedua-dua mereka mati bersama jika isteri enggan kembali kepadanya menyebabkan mangsa yang ketakutan meminta suaminya memikirkan masa depan tiga anak mereka sebelum bertindak demikian.
Lelaki terbabit yang ‘lembut hati’ selepas mendengar rayuan isterinya itu kemudian menghantar semula mangsa ke tempat letak kereta pasar raya di Kepong sebelum melarikan diri.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah tiga tahun tidak tinggal bersama dan kini dalam proses bercerai selepas mangsa tidak tahan kerana sering dibelasah.

Sumber berkata, sebelum kejadian pada Khamis lalu, mangsa yang berada dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya di Kepong selepas membeli barang terkejut apabila suaminya membuka pintu kereta dan terus mengacukan pisau serta mengarahkannya berdiam diri, kira-kira jam 9 pagi.
“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.

“Sebaik tiba di kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, namun wanita terbabit enggan,” katanya.
Menurut sumber berkenaan, berang dengan keengganan wanita itu, suami mangsa terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan isterinya terikat.

“Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami mangsa turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, mangsa yang serik dengan sikap panas baran suami enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka.

“Terkejut dengan ugutan itu, mangsa meminta suaminya itu memikirkan semula kerana tindakan itu akan menggelapkan masa depan anak mereka.

“Suaminya akur dan terus menghantar isterinya pulang semula ke pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya.

Sebaik dibebaskan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa dan polis sedang giat memburu suspek. hMetro
Selengkapnya

Selasa, 24 Desember 2013

PANAS! PM Disindir Pengikut Sendiri Di Twitter!!

Tuesday, October 02, 2012


  jalan pulang

Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri DS Najib   nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi.

Belum cukup dengan tindakannya mengambil idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib   benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan dikenakan ke atasnya apabila tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.

Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib   juga menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Anwar tidak langsung menggunakan hashtag untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib   mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.

Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa pengguna di Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib Altantuya.

Antara mesej tertera yang cukup menghiris hati Najib Altantuya dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:

@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah

Seorang lagi pengguna menempelak Najib   kerana ponteng semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.

@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib

Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib    dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai pengikut Anwar!

@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe

Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!

@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak

Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib 

@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib

sumber : JALAN PULANG
Selengkapnya