Tampilkan postingan dengan label tanpa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tanpa. Tampilkan semua postingan

Selasa, 18 Februari 2014

KHALWAT Ditangkap Berpelukan Tanpa Pakaian Di Malam Malam Terakhir Ramadan

KHALWAT: Ditangkap Berpelukan Tanpa Pakaian Di Malam-Malam Terakhir Ramadan

DUNGUN – Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.
Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.
Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.
Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.
Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.
Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.
Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.
Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.
Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.
Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.
Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. – SINAR HARIAN
Selengkapnya

Selasa, 10 Desember 2013

Manusia tanpa wajah

Manusia tanpa wajah
Manusia Tanpa Wajah   
 

Ilmu kedoktoran menawarkan harapan baru kepada seseorang yang memiliki tumor di wajahnya. Jose Mestre, dari Lisbon, Portugal, telah kehilangan wajahnya selama 35 tahun terakhir. Tumor di wajah Jose 51 tahun adalah kumpulan pembuluh darah yang telah berkembang, menghasilkan area merah yang muncul pada permukaan kulit. Jose dilahirkan dengan tanda lahir seperti warna stroberi di bibir atasnya. Pada masa pubertas tumor mulai tumbuh, akhirnya menutupi bibir, hidung dan salah satu matanya. Sekarang panjangnya mencapai 33cm dan beratnya 3kg.

Jose pernah masuk acara TV Discovery Channel berjudul The Man With No Face, bagian dari seri My Shocking Story. Ini menunjukkan bagaimana para ahli medis terbaik di London sekarang telah mengulurkan harapan membantu Jose, seorang tokoh yang dikenal di seluruh jalan-jalan di Lisbon. kerana dia menganut kepercayaan yang melarangnya melakukan transfusi darah. Seorang ahli bedah Inggeris terkemuka telah menawarkan untuk menyarankan Jose menggunakan gelombang ultrasound untuk mengentalkan darah sebelum operasi untuk menghilangkan risiko perdarahan berat serta memuaskan keyakinan agama tentang transfusi darah dalam proses.

Dr Iain Hutchison, St Bartholomew di London, yakin operasi dengan pisau bedah harmonik bisa membuatnya tampak jauh lebih normal. Discovery Channel berkata: "Dikelilingi oleh keluarga yang mencintai, tampaknya hal yang luar biasa bagi dia meski dia belum diobati dan wajahnya dibiarkan tumbuh begitu besar. Bukan karena kekurangan keuangan atau keengganan untuk menjalani perawatan namun karena keyakinan agama, yang menyebabkan ia enggan dioperasi dan membiarkan tumor itu terus tumbuh dan melenyapkan wajahnya. "

Selengkapnya